Dunia pandang tinggi RO Malaysia di IPSC Handgun World Shoot 2022

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEHADIRAN 12 orang pegawai tapak tembak atau Range Officer (RO) di IPSC Handgun World Shoot 2022 menjadi bukti bagaimana dunia mengiktiraf dan mempercayai pengadil dari Malaysia.

Malah, pelantikan wakil International Range Officer (IROA) dari Malaysia sebagai salah satu dari lima Area Chief Range Officer (ACRO) merupakan sesuatu yang amat membanggakan.

Seorang daripada RO Malaysia, Kapten Arafat Zamli, 52, menegaskan, mereka sentiasa memberikan yang terbaik dalam memastikan semuanya berjalan lancar dan pada masa sama menjaga nama baik negara.

Katanya, IPSC kali ini begitu mencabar kerana RO terbabit perlu bertugas seawal pagi selama 12 hari bagi mengadili 1,653 atlet yang mengambil bahagian.

“Dia ada dalam 30 lapangan yang berbeza-beza untuk menentukan markah, nak menembak cara dia berbeza daripada satu stage ke satu stage. Saya ditugaskan ke stage 15 di sana.

“Persediaan ambil masa dua, tiga hari untuk menjaga penembak selama 12 hari, ianya amat membanggakan sebabnya inilah peluang kita untuk melihat penembak dari luar negara, dapat bertemu kawan-kawan lama.

“(Kehadiran) ACRO (Malaysia) yang menjaga enam bay yang di dalamnya ada sekurang-kurangnya 25 orang RO dari merata dunia, pada saya itu satu pengiktirafan yang tinggi daripada pihak organisasi dan pihak pengadil antarabangsa,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Baca artikel lain: Kemahiran dan ketangkasan Mohd Azlan dipuji peserta menembak IPSC

IPSC Handgun World Shoot 2022 yang disertai seramai 1,653 atlet dari 75 buah negara melabuhkan tirai pada 3 Disember lalu.

Malaysia menghantar 16 orang atlet pada kejohanan yang berlangsung di Nong Nooch Pattaya International Convention & Exhibition Center, Thailand itu.

Pada kejohanan ini juga, seramai 12 RO dari Malaysia dilantik dan diamanahkan sebagai pengadil.

Mereka merupakan antara 163 RO dari seluruh dunia yang dilantik dalam kejohanan tiga tahun sekali itu.

Mengulas lanjut, Arafat yang mula meminati sukan menembak sekitar tahun 2000 mendedahkan, usaha untuk menjadi seorang RO berwibawa bukan mudah dan memerlukan banyak pengorbanan.

Beliau yang bertugas sebagai juruterbang di Malaysia Airlines selama 32 tahun memberitahu, untuk kekal diiktiraf sebagai RO, seseorang perlu mengadili dua kejohanan level 3 sama ada di dalam atau luar negara.

“Untuk nak jadi IROA kita kena lalui pelbagai kursus dan juga pelbagai ujian termasuk kita kena mengadili pertandingan, sekurang-kurangya dua pertandingan antarabangsa setiap tahun.

“Macam saya setiap tahun sekurang-kurangnya kena buat pertandingan antarabangsa level 3, kalau dulunya kita boleh buat satu di Malaysia sebab kita ada satu level 3 di Malaysia dan satu lagi terpaksalah ke luar negara.

“(Itu pengorbanan) untuk mengekalkan tahap keadilan kita, tahap pengetahuan kita dalam undang-undang menembak,” katanya lagi.

Berjaya menggalas tanggungjawab di IPSC Handgun World Shoot 2022 dengan cemerlang, Arafat mengucapkan terima kasih kepada majikannya Malaysia Airlines yang sentiasa memberi sokongan serta memahami minat dalam sukan ini.

Selain itu, beliau turut berterima kasih kepada Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) kerana menyediakan lapangan latihan kepada atlet serta peminat sukan menembak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This