Fitri Rahman akui IPSC Handgun World Shoot 2022 medan baiki diri

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

BERPELUANG bersaing secara lebih dekat dengan penembak berkelas dunia merupakan pengalaman tidak ternilai atlet Malaysia di IPSC Handgun World Shoot 2022.

Bukan sahaja bersua muka malah dapat melihat sendiri teknik dan kemahiran yang dipamerkan mereka dalam usaha memperbaiki diri sendiri.

Menceritakan pengalaman itu, penembak negara, Fitri Rahman Sumpa, 39, mengakui mengikuti rapat setiap jejak penembak berkenaan bagi mengetahui di mana kedudukan dirinya dalam sukan ini.

Beliau mendapati, secara asasnya atlet negara mampu bersaing dengan penembak luar meskipun mereka bertaraf dunia sekiranya terus diberikan latihan serta pendedahan di peringkat antarabangsa.

“Saya setiap kali mereka tembak saya follow, tengok cara teknik tembakan, kita tak banyak jauh beza daripada mereka. Cuma yang membezakan alatan yang kita pakai.

“Mereka juga lebih mengkaji senjata, (sangat serasi) itulah peluru mereka berlatih dan itulah juga peluru mereka guna untuk pertandingan.

“Kita akan mempelajari daripada kesilapan, kita sudah nampak di mana kelemahan kita,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Baca artikel lain: Dunia pandang tinggi RO Malaysia di IPSC Handgun World Shoot 2022

IPSC Handgun World Shoot 2022 yang disertai seramai 1,653 atlet dari 75 buah negara melabuhkan tirai pada 3 Disember lalu.

Malaysia menghantar 16 orang atlet pada kejohanan yang berlangsung di Nong Nooch Pattaya International Convention & Exhibition Center, Thailand itu.

Pada kejohanan ini juga, seramai 12 RO dari Malaysia dilantik dan diamanahkan sebagai pengadil.

Fitri yang juga merupakan anggota polis memberitahu, beliau menetapkan sasaran berada dalam kelompok 10 terbaik dalam kejohanan ini menerusi kategori Open Division.

Bagaimanapun, keluhnya, nasib tidak menyebelahi setelah berlaku beberapa perkara di luar jangkaan sehingga menjejaskan aksinya dalam IPSC Handgun World Shoot 2022.

Beliau sekadar menduduki tempat ke-89 daripada 333 penembak yang mengambil bahagian.

“Saya memang rasa ralat sangat, rasa macam nak menangis sebak pun ada, sebab saya rasa bila tengok top shooter tembak, sebenarnya kami pun lebih kurang macam itu juga.

“Bagi saya tempat ke-89 itu rasa tidak puas, berdasarkan pengalaman saya rasa saya tidak sepatutnya di situ.

“Jika diberi peluang lagi untuk training Insya-Allah kita boleh buktikan,” katanya lagi yang mula berjinak dalam sukan menembak sejak tahun 2010.

Mengulas lanjut, Fitri nekad untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada melalui pengalaman ditimba semasa berada di Pattaya, Thailand, baru-baru.

Beliau juga berharap dapat menyertai kejohanan sama tiga tahun lagi di Afrika Selatan sekiranya terus diberikan kesempatan dan kepercayaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dakwaan kapal terbang tersadai di tepi Sungai Kandis palsu

DAKWAAN kononnya sebuah kapal terbang telah tersadai berdekatan Sungai Kandis atau Sungai Klang di Seksyen 36, Shah Alam seperti...

More Articles Like This