Isu KPPA: Semua ahli PPTD diminta profesional, sokong penuh keputusan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

AHLI Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) diminta kekal profesional berhubung isu penamatan perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Presiden PPTD, Datuk Isham Ishak berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung isu penamatan perkhidmatan tersebut yang berkuat kuasa semalam.

Katanya, seperti mana diperjelaskan, proses penamatan telah melalui saringan dan prosedur yang ditetapkan di mana keputusan diambil diteliti dengan teratur oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Sehubungan itu, katanya, proses yang telah diambil dan peraturan dilaksanakan harus dihormati semua pihak.

“Keputusan yang dibuat ini walaupun telah memberikan impak kepada PPTD, ianya telah dilaksanakan dengan penuh tertib dan berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kebajikan seorang penjawat awam.

Baca artikel lain: Tidak puas hati! Mohd Shafiq ambil tindakan perundangan pihak telah menganiayanya

“Semua ahli PPTD diminta untuk terus kekal profesional dan menyokong penuh keputusan-keputusan yang telah diambil kerana ketetapan dan peraturan yang diambil adalah bagi menjaga kredibiliti serta integriti perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Isham juga menegaskan, kenyataan rasmi PPTD hanya dikeluarkan melalui saluran rasmi dan mana-mana komen selain siaran media bukanlah daripada pihaknya tetapi adalah milik persendirian.

“PPTD serta ahli-ahlinya akan terus komited untuk menyokong Kerajaan Perpaduan yang telah dilantik bagi memastikan agenda pembangunan semula ekonomi negara dan kesinambungan sistem pentadbiran negara terus diperkukuhkan dan dimantapkan,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This