Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan khidmat berkuat kuasa semalam

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN berkuat kuasa semalam telah menamatkan perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Penamatan perkhidmatan dibuat menerusi sepucuk surat bertarikh 1 Disember 2022 yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Penamatan perkhidmatan itu dibuat demi kepentingan awam di bawah peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan dibersarakan mengikut perenggan 10(5)(d) Akta Pencen 1980 (Akta 227) berkuat kuasa pada 12 Disember 2022.

Mohd Shafiq sebelum ini terbabit dengan satu kontroversi selepas seorang pegawai Jabatan Imigresen mengadu beliau mengherdiknya di tempat awam.

Baca artikel lain: MOM gesa Adam Adli justifikasi dakwaan rasuah dalam badan sukan

Satu jawatankuasa tertinggi kemudiannya ditubuhkan untuk menjalankan siasatan.

Namun, tidak dipastikan tindakan terhadap Mohd Shafiq itu mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.

Aduan rasmi difailkan oleh Jabatan Imigresen yang kemudiannya disusuli satu siasatan yang diarahkan oleh Mohd Zuki.

Panel siasatan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan dianggotai Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki dan Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul.

Cadangan daripada jawatankuasa itu dibuat pada Oktober tetapi tiada maklumat mengenai keputusan tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This