PERIKATAN Nasional (PN) disifatkan sebagai berani bila melantik Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, Hamzah dilantik kerana kesungguhan dan pengalaman luasnya dalam kerajaan.
Katanya lagi, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mempunyai kualiti sama, namun Ahli Parlimen Larut itu memiliki enigma tersendiri.
Beliau berkata demikian seperti dilapor FMT selepas ditemu bual BFM, hari ini.
Baca artikel lain: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan khidmat berkuat kuasa semalam
Sementara itu, Wan Fayhsal berkata, beliau telah membuat laporan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu dana PN datang dari syarikat perjudian.
“PN sentiasa telus mengenai siapa penderma sebaik sahaja rang undang-undang pembiayaan politik berkuat kuasa,” katanya.
Minggu lalu, Anwar membayangkan bahawa dana PN untuk kempen pilihan raya sebahagiannya datang daripada syarikat perjudian.
Susulan itu, PAS memberikan respons dengan menggesa Anwar memberikan bukti terhadap dakwaannya.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jika Anwar gagal menunjukkan sebarang bukti untuk menyokong tuduhannya, PN akan mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

