GPS jamin sokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar

Dari Penulis

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) memberi jaminan akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya usul undi percaya diadakan di Dewan Rakyat Isnin depan.

Perkara itu diakui Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi seperti dilaporkan Bernama.

Menurut Alexander, sokongan GPS terhadap kerajaan ketika ini turut mengambil kira kepentingan dan hak Sarawak termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Bagi GPS, yang penting adalah hak Sarawak terjamin,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Semua parti sokong Anwar tandatangani perjanjian esok

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat kepemimpinan tertinggi gabungan itu, hari ini, dipengerusikan Pengerusi GPS, yang juga Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengulas lanjut, Alexander memaklumkan, satu perjanjian persefahaman bagi menyokong Kerajaan Perpaduan yang melibatkan kesemua gabungan parti yang membentuknya akan dimeterai petang esok.

Beliau berkata, kepimpinan tertinggi GPS hari ini telah bermesyuarat bagi memperhalusi draf perjanjian berkenaan.

“Objektif utama perjanjian ini adalah supaya kesemua parti yang bersama dalam Kerajaan Perpaduan ini bersatu dalam kita membentuk satu kerajaan dan memberi kepercayaan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This