Kerajaan tindak segera tangani cabaran ekonomi semasa – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN akan bertindak segera dengan pendekatan jangka pendek dan panjang bagi mendepani cabaran ekonomi semasa kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dimaklumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa keadaan ekonomi negara yang kembali mengukuh pasca COVID-19.

Bagaimanapun, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan mesti memikirkan cabaran semasa kepada ekonomi negara.

Kata beliau, ia mengambil kira risiko-risiko seperti pertumbuhan global yang lembab, konflik dan masalah geopolitik di peringkat antarabangsa yang terus memburuk serta gangguan kepada rantaian bekalan makanan.

“Usaha dan upaya saya adalah memastikan reformasi struktur ekonomi dijelmakan dengan teratur bagi merancakkan pertumbuhan serta memperkukuh asas-asas ekonomi negara,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: PM harap perwakilan diplomatik bawa pendekatan segar tarik pelaburan

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan ke BNM, tengah hari tadi bagi mendengar taklimat mengenai prospek, tantangan serta tumpuan dasar ekonomi negara ketika ini.

Kunjungan beliau turut disertai kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim di samping pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan.

Kehadiran Perdana Menteri disambut Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Yunus.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan mengambil pendekatan dan langkah termasuk menarik pelaburan yang berkualiti; peralihan kepada ekonomi rendah karbon; mempertingkat perlindungan sosial dan memantapkan daya tahan fiskal.

“Insya-Allah, langkah-langkah ini dilaksanakan dengan dukungan BNM dan semua jabatan yang berkaitan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This