Sebelum ini LRT, hari ini Anthony Loke tinjau perkhidmatan KTM Komuter

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS meninjau sendiri perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) 5 Disember lalu, hari ini Anthony Loke Siew Fook sekali lagi turun padang meninjau sendiri situasi pengangkutan awam negara.

Kali ini, tumpuan Menteri Pengangkutan itu adalah perkhidmatan KTM Komuter dan keadaan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan pada waktu puncak.

Tampil dengan memakai topi dan pelitup muka berwarna hitam sama seperti ‘penyamarannya’ sebelum ini, Anthony Loke merasai sendiri pengalaman menggunakan perkhidmatan KTM Komuter.

Tanpa ditemani mana-mana pegawai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) atau apa-apa majlis meraikan kehadirannya, Anthony Loke memberitahu beliau hanya ditemani dua pembantu.

Menurut Ahli Parlimen Seremban itu, beliau mengambil tren Komuter dari KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan, petang tadi.

Anthony Loke memberitahu, beliau turut menerima banyak maklum balas di media sosial berhubung perkhidmatan Komuter dan masalah mencetak pas masuk bas di TBS.

“Petang ini, saya meninjau perkhidmatan KTM Komuter dan keadaan di TBS. Saya mengambil tren Komuter dari KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan bersama dua pembantu saya.

Baca artikel berkaitan: Penambahbaikan pengangkutan awam antara tiga agenda utama kementerian – Anthony Loke

“Saya menerima banyak maklum balas dari media sosial berkenaan perkhidmatan Komuter dan masalah mencetak pas masuk bas di TBS,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, Anthony Loke berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan KTMB dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai penambahbaikan dan isu kekerapan perkhidmatan Komuter.

“Saya faham KTMB menghadapi pelbagai kekangan operasi yang disebabkan oleh projek menaiktaraf landasan KVDT1 yang masih belum siap dan KVDT2 yang tergendala.

“Saya juga akan berjumpa dengan pihak pengurusan TBS untuk membincangkan kesiapsiagaan untuk menguruskan jumlah penumpang yang ramai pada hujung minggu dan musim perayaan,” jelas beliau.

Sebelum ini, tindakan Anthony Loke meninjau sendiri situasi perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pada waktu puncak menerima pujian netizen.

Meskipun belum lagi memulakan tugas secara rasmi pada 5 Disember, namun Anthony Loke ‘menyamar’ sebagai penumpang biasa untuk merasai sendiri pengalaman selama dua jam menaiki LRT.

Beliau turut mengakui situasi sesak dalam LRT ketika waktu puncak antara pukul 5 hingga 7 petang yang tidak selesa kepada penumpang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This