YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa dukacita atas tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, awal pagi tadi.
Dalam hantaran di Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mangsa sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
Pada masa sama, Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban.
Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar operasi tersebut dilakukan secara rapi dan terancang.
“Seri Paduka berdua mendoakan agar roh mangsa yang beragama Islam dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh: Dua lagi mayat ditemukan, jumlah terkini 18 maut
“Seri Paduka berdua menzahirkan setinggi penghargaan kepada para anggota jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.
“Baginda berdua turut mendoakan agar dipermudahkan urusan dan usaha mencari serta menyelamat semoga mangsa-mangsa yang terperangkap dapat diselamatkan dengan segera,” menurut hantaran tersebut.
Jumlah mangsa terkorban akibat tragedi tanah runtuh itu dilaporkan meningkat kepada 18 individu dengan 15 lagi masih belum ditemukan.
Ini selepas dua lagi mayat ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) setakat pukul 4.40 petang tadi.
Perkara tersebut dimaklumkan Unit Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menerusi hantaran di Facebook, sebentar tadi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

