DATUK Ramli Mohd Nor dan Alice Lau telah dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dalam sidang pertama di Parlimen hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengusulkan Alice (PH-Lanang) dan Ramli (BN-Cameron Highlands) sebagai calon daripada barisan kerajaan.
Usul tersebut telah disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petrajaya).
Terdahulu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) telah mengusulkan Datuk Mas Ermieyato Samsudin sebagai calon pembangkang bagi jawatan tersebut.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mengusulkan undian dibuat kerana terdapat tiga calon memandangkan Perlembagaan Persekutuan menetapkan hanya dua Timbalan Speaker boleh dilantik.
Baca lagi: Hanifah tidak undi Speaker baharu kerana terlewat
Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) menyokong usul itu.
Menurut Johari, setiap Ahli Parlimen dibenarkan untuk mengundi satu atau dua calon dalam pemilihan Timbalan Speaker tersebut.
Dalam pengundian itu, Ramli memperoleh 148 undi manakala Lau mendapat 146 undi.
Mas Ermieyati yang merupakan Ahli Parlimen Masjid Tanah pula mendapat 74 undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

