Malaysia, Australia komited erat hubungan dua hala – Anwar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA dan Australia menyatakan komitmen untuk mengeratkan hubungan dua hala di bawah Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP).

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook, sebentar tadi.

Ia selepas Perdana Menteri menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, panggilan telefon itu merupakan interaksi pertama antara kedua-dua pemimpin itu sejak Anwar memegang tampuk pentadbiran, bulan lalu.

Perdana Menteri memaklumkan, beliau dan Albanese turut bersetuju mengukuhkan kerjasama termasuk dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan serta hubungan sesama rakyat.

Baca artikel berkaitan: Dikunjungi PM, pemilik Sup Meletup rasa macam menang Piala Dunia

“Australia merupakan rakan yang rapat dan penting bagi Malaysia.

“Pada tahun 2021, Malaysia dan Australia telah meningkatkan hubungan dua hala melalui kerjasama strategik kepada CSP.

“Australia merupakan rakan dagangan ke-13 terbesar Malaysia pada tahun 2021 dengan nilai dagangan berjumlah RM52.28 bilion (AS$13.76 bilion),” katanya dalam hantaran tersebut.

Anwar turut memuat naik video perbualan telefon beliau dengan Albanese dalam hantaran berkenaan.

Dalam video tersebut, Albanese juga berkongsi cerita kali pertama beliau melawat Malaysia iaitu ke Melaka pada tahun 1987.

Albanese turut menyatakan hasrat untuk bertemu empat mata dengan Anwar dalam mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

Di pengakhiran video, Perdana Menteri juga sempat mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baharu kepada Albanese.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This