SELEPAS meninjau sendiri dan melakukan pemeriksaan mengejut ke atas perkhidmatan pengangkutan awam darat iaitu kereta api, hari ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ‘beralih’ pula ke perkhidmatan udara.
Kali ini, Ahli Parlimen Seremban itu melakukan pemeriksaan mengejut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, pagi tadi.
Pemeriksaan mengejut itu dilakukan Anthony sebelum menghadiri majlis pelancaran pengumuman kadar tambang tetap AirAsia ke Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baharu Cina.
Menurut Anthony dalam hantaran di Facebook, beliau melihat sendiri keadaan di hab pengangkutan awam yang terletak di Tingkat 1, KLIA2 selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai.
Anthony mengakui terdapat beberapa kelemahan di ruang menunggu e-hailing yang perlu diperbaiki.
Antara perkara yang perlu diperbaiki, kata Anthony adalah lorong jalan yang tidak rata akibat mendapan tanah yang boleh membahayakan pengguna.
“Pihak pengurusan telah melantik kontraktor dan kerja menaiktaraf akan dijalankan pada hujung bulan Januari.
“Sistem pencahayaan juga akan ditambah baik supaya keadaan pada waktu malam lebih terang.
Baca artikel berkaitan: Sebelum ini LRT, hari ini Anthony Loke tinjau perkhidmatan KTM Komuter
“Saya mengajak semua pemegang taruh untuk sentiasa berusaha menambah baik kemudahan dan menceriakan pengalaman pengguna di lapangan terbang kita,” katanya dalam hantaran tersebut.
5 Disember lalu, Anthony meninjau sendiri situasi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya pada waktu puncak meskipun belum lagi memulakan tugas secara rasmi.
Tindakan Anthony yang ‘menyamar’ sebagai penumpang biasa untuk merasai sendiri pengalaman selama dua jam menaiki LRT menerima pujian netizen.
Beliau kemudiannya sekali lagi turun padang melakukan pemeriksaan mengejut ke atas perkhidmatan KTM Komuter dan keadaan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada waktu puncak.
Beliau mengambil tren Komuter dari KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan, pada petang 15 Disember lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

