
SELEPAS melalui episod panjang dalam kemelut politik negara dengan pelbagai cabaran sepanjang 2022, rakyat diharap menjadikan kehadiran tahun baharu untuk kembali mencari titik persamaan dan mengukuhkan perpaduan demi kemakmuran negara.
Sempena Tahun Baharu 2023, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof juga menyeru rakyat agar bersama-sama Kerajaan Perpaduan kembali bangkit untuk merangka dan menyusun atur kehidupan yang terkesan pasca-COVID-19.
“Marilah kita bersama mencari titik persamaan merentasi kaum, agama dan fahaman politik serta berpegang teguh kepada Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam hantaran di akaun Facebooknya hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu video di hantaran Facebook pula berharap rakyat akan bersama-sama memperkasakan komitmen dan terus memacu kecemerlangan untuk 2023.
“Sementara cabaran yang mendatang akan kita tangani dan harungi demi Malaysia yang kita cintai, saya komited untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Harapan saya menjadikan Malaysia maju di bawah Kerajaan Perpaduan ini,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata beliau akan terus turun padang bagi mendengar dan mendapatkan maklum balas daripada pengguna pengangkutan awam, pengendali dan komuniti perniagaan.
BERITA BERKAITAN PART II : Tahun baru azam baru. Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Ini 6 tip untuk selamatkan azam korang
“Mengekalkan standard kualiti dan keselamatan adalah penting bagi semua sistem pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM), bas awam, pelabuhan dan lapangan terbang.
“Dengan mengambil kira keperluan rakyat dan keadaan sebenar, kita boleh mewujudkan dasar yang sesuai dengan keperluan orang ramai. Sistem pengangkutan dan logistik yang lancar penting bagi pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.
Turut merakamkan ucapan tahun baharu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Mohamad Sabu yang berharap segala halangan dan cabaran yang bakal mendatang dapat dihadapi dengan tenang, berani dan bersabar.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram