‘Skim cepat kaya’ tipu 100,000 mangsa, janji pulangan pelaburan hingga RM13.2 bilion

Dari Penulis

SATU sindiket pelaburan dalam talian dipercayai menipu kira-kira 100,000 mangsa di seluruh negara sejak tujuh tahun lalu dengan menjanjikan pulangan mencecah AS$200 juta (RM880 juta) hingga AS$3 billion (RM13.2 bilion) dengan mendakwa pelaburan tersebut mendapat sokongan pelbagai agensi kerajaan dalam dan luar negara.

Ahli sindiket akan bergerak dalam kumpulan kecil dengan menawarkan pelbagai jenis pakej pelaburan dengan pulangan yang lumayan menerusi kumpulan WhatsApp dengan menawarkan kepada mangsa pelaburan serendah RM250 dan RM1,000.

Pengerusi Pertubuhan Jaringan Sahabat Malaysia (JSM), Mohd Radzi Abdul Rahman berkata, mangsa didapati membuat pelaburan dalam jangka masa panjang menerusi pakej yang ditawarkan menerusi WhatsApp dengan ada di antara mereka melabur sejak 2015.

“Bagi meyakinkan mangsa, sindiket berkenaan menggunakan dokumen palsu dan mengaku kononnya pelaburan berkenaan mendapat sokongan pelbagai agensi antaranya Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur, selepas selesai membuat laporan bersama kira-kira 40 mangsa penipuan sindiket berkenaan, hari ini.

Mohd Radzi berkata, tahun lalu pihaknya ada bertemu dengan pihak pengurusan tertinggi pelaburan berkenaan yang diuruskan seorang ahli perniagaan tempatan selepas menerima ratusan aduan daripada mangsa.

BERITA BERKAITAN Penjawat awam rugi hampir setengah juta akibat Macau Scam

“Pihak terbabit gagal memberikan bukti sahih serta tiada sebarang dokumentasi sah dan kami menemui banyak dokumen palsu serta pelbagai helah digunakan bagi menutup perbuatan mereka.

“Malah, pihak BNM turut mengesahkan dana pelaburan berkenaan adalah palsu atau sesuatu yang berunsur penipuan dengan pihak kedutaan Amerika Syarikat juga menafikan pembabitan mereka dalam pelaburan itu,” katanya.

Belia berkata, mangsa yang terjerat dengan sindiket itu terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk orang kampung, golongan profesional dan penjawat awam.

“Kami menerima banyak aduan yang dibuat di seluruh negara dengan kebanyakannya daripada individu perseorangan. Berdasarkan aduan yang diterima, ada mangsa yang rugi sehingga RM1.5 juta.

“Kebanyakan mangsa menyertai pelaburan itu melalui WhatsApp yang menyukarkan siasatan kerana tiada dokumen yang mengesahkan individu itu sebagai ahli pelaburan berkenaan,” katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera terhadap sindiket berkenaan bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.

“Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan sindiket ini diminta tampil di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tarikh penting PRN Johor, Negeri Sembilan diketahui hari ini

TARIKH-TARIKH penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan diketahui hari ini. Ia akan diumumkan...

More Articles Like This