Syamsul Yusof akan beri titik noktah berkenaan krisis rumah tangganya dalam masa terdekat

Dari Penulis

SELEPAS pelbagai kontroversi berkenaan isu rumah tangganya dengan pelakon Puteri Sarah Liyana, pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof akhirnya membuka mulut dan berjanji akan memberi titik noktah segala kemelut yang timbul.

Menurut Syamsul,38, selama ini dia mengambil pendekatan berdiam diri kerana enggan membuka aib dan kisah hal dalam kain kepada umum.

“Sudah tiba masanya saya bersuara mengenai perkara ini (kontroversi rumah tangga). Saya pun dah penat dan saya percaya netizen pun letih.

“Cuma bezanya nanti, penjelasan saya itu tidak sama dengan apa yang dilakukan isteri saya, Puteri Sarah. Saya tidak mahu membuka pekung atau aib sesiapa.

“Insya-Allah dalam masa terdekat, saya akan leraikan satu persatu kepada umum supaya semua persoalan ini ternoktah.

“Insya-Allah, saya akan beri titik noktah kepada semua permasalahan ini,” katanya dalam video yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Ujar Syamsul yang merupakan pengarah filem box-office Mat Kilau:Kebangkitan Pahlawan itu lagi, sebagai anak seni, dia sedar segala perilakunya akan menjadi perhatian khalayak termasuklah hal peribadinya.

“Dilahirkan dalam keluarga seni dan bergelar selebriti, saya sedar diri ini sering menjadi perhatian.

“Tetapi hal perkahwinan adalah perkara peribadi. Hal dalam kain tidak manis untuk dikongsi kepada khalayak ramai.

“Namun, selepas setengah tahun hal rumah tangga kami dikongsi Puteri Sarah dalam media sosial, media cetak dan elektronik, jadi saya rasa sudah sampai masanya untuk jelaskan segala-galanya,” ujarnya.

Krisis rumah tangga Syamsul semakin panas apabila Puteri Sarah mendakwa suaminya itu sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand. 

Selepas beberapa siri pendedahan, Syamsul turut ingin mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana menyebarkan kenyataan berbaur fitnah dengan mengatakan dia sudah berkahwin lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This