TAN Sri Annuar Musa mengesahkan, sudah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) menyalurkan jutaan ringgit kepada UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Annuar berkata, beliau secara rela hati telah menceritakan segala-galanya kepada SPRM untuk pengetahuan mereka berhubung dakwaan tersebut.
“Saya sebenarnya sangat lega sekali kerana fitnah di luar itu tidak dapat saya kawal. Jadi, bila SPRM panggil, saya sangat suka hati dan memberitahu semua jalan cerita sebenar yang saya lalui.
“Saya akan terus beri kerjasama, itu tanggungjawab saya,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Baca artikel lain: PN miliki kriteria jadi pembangkang semak dan imbang – Pemerhati
Annuar sebelum ini mendakwa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi UMNO jutaan ringgit bagi membantu parti itu ketika PRN Sabah pada tahun 2020.
Pada 21 November lalu, tular video dimuat naik ke TikTok yang mana Annuar mendakwa, Muhyiddin menemuinya di Sabah.
Dalam video berkenaan, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu mendakwa, beliau diberi ‘berpuluh juta’ ringgit oleh Muhyiddin untuk PRN Sabah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

