Tiada kompromi perlakuan cemar nama baik perkhidmatan awam – Jakim

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan nama baik perkhidmatan awam.

Ia susulan satu video ceramah didakwa seorang pegawai Jakim yang tular dalam media sosial, semalam.

Menurut Jakim, pegawai berkenaan telah pun dipanggil untuk siasatan lanjut.

Jelas jabatan itu, ia bagi memulakan prosiding tatatertib selepas pegawai berkenaan didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur politik menghentam kerajaan dalam satu kuliah subuh, baru-baru ini.

“Pihak pengurusan tertinggi Jakim sedar akan video tular ceramah yang disampaikan oleh seorang pegawai Jakim yang mengundang kemarahan netizen.

Baca artikel berkaitan: Jakim kenal pasti lokasi operasi Hadi Minallah

“Jakim telah memanggil pegawai tersebut untuk siasatan lanjut bagi memulakan prosiding tatatertib dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan nama baik perkhidmatan awam,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Dalam rakaman video lebih satu minit yang tular, seorang penceramah didakwa pegawai kanan Jakim mengeluarkan kenyataan berbaur politik seolah-olah memperlekehkan kerajaan.

Kuliah subuh tersebut difahamkan di sebuah masjid di Selangor beberapa hari lalu.

Walaupun tidak menyebut mana-mana pihak secara khusus, namun penceramah berkenaan membangkitkan tentang lagu ‘Hoi Hoi Ya Hoi’ yang dibawa Pakatan Harapan (PH) sewaktu kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Penceramah tersebut juga menyatakan ada pihak yang menolak ‘penyamun’ tetapi kemudiannya ‘bercium’ untuk mentadbir negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This