MCA berjiwa besar, tidak bersikap oportunis demi kuasa

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MCA tidak akan menjadi oportunis dan mengikut ‘expediency’ atau peluang politik semata-mata untuk berkuasa.

Sebaliknya, segala tindakan MCA selama ini adalah berlandaskan prinsip politik kesederhanaan dan menghormati Perlembagaan, institusi serta tradisi.

Naib Presidennya, Datuk Seri Ti Lian Ker menegaskan, parti itu tidak akan bertindak memberi janji kosong mahupun menjatuhkan lawan melalui fitnah atas provokasi dan justifikasi politik untuk mencari kesempatan berkuasa.

“MCA adalah sebuah parti yang mempunyai sejarah, organisasi dan jiwa yang besar. Seperti mana parti-parti politik, kita akan mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan politik mengikut edaran masa dan menghormati pasaran politik semasa.

“Kami tidak akan bertindak mengikut peluang atau kesempatan politik dengan menjatuhkan parti lawan melalui pembohongan, tohmahan atau fitnah dan kemudiannya memohon maaf untuk berkawan semata-mata demi untuk berkuasa.

“Kami juga tidak akan mengeksploitasi sentimen dan emosi ekstremisme secara radikal untuk mengaut sokongan sesuatu kaum,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: KTMB sedia 2 perkhidmatan tren ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina

Beliau menegaskan, MCA konsisten dan akan menghormati serta mempertahankan hak-hak asasi semua etnik berteraskan peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Malah, katanya, MCA berupaya berdikari dan akan mengadakan ‘brainstorming’ ke hadapan untuk meneruskan strategi perjuangan parti yang berteraskan kemajmukan dan kesederhanaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun MCA mempunyai dua Ahli Parlimen, kami tetap akan menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan ke arah menstabilkan politik semasa.

“Perlulah kita mengambil iktibar parti-parti seperti PKR yang pernah kalah teruk dan tinggal satu kerusi sahaja pada tahun 2004 dan hari ini kembali menerajui kerajaan.

“Parti PRSM atau PSM juga telah wujud dan survive atas prinsip perjuangan walaupun tidak memenangi mana-mana kerusi untuk jangka masa yang panjang tetapi kelangsungan perjuangan parti berterusan,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This