Segera atasi kenaikan harga makanan kantin sekolah, kata Wan Saiful

Dari Penulis

KERAJAAN menerusi Kementerian Pendidikan (KPM) digesa segera mencari penyelesaian kepada isu kenaikan harga makanan di kantin sekolah.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, antara perkara yang boleh dipertimbangkan ialah pemberian moratorium sewa atau subsidi kos operasi kepada pengusaha kantin yang kebanyakannya adalah usahawan kecil Bumiputera.

Oleh itu tegas beliau, sebaiknya kerajaan mesti mencari penyelesaian bersama dengan pengusaha kantin.

“Sepatutnya Menteri Pendidikan PH-BN ini segera bertemu pengusaha kantin untuk membincangkan penyelesaian dan mencapai kata sepakat.

“Sebagai kerajaan, bantulah rakyat. Bukan sibuk berebut kuasa dan bergaduh sesama sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Saiful yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, hasil pertemuannya bersama ibu bapa di sekitar kawasan Tasek Gelugor sejak dua hari lalu, ramai mengeluh bukan saja mengenai harga makanan di sekolah, malah isu kenaikan tambang bas sekolah yang belum selesai.

“Rungutan ibu bapa dah kedengaran sejak bermula sesi persekolahan 2023 lagi, tetapi sehingga hari ini, belum ada apa-apa kenyataan daripada menteri bertanggungjawab. Ini sekali lagi bukti bahawa menteri PH-BN tidak kompeten menjaga nasib rakyat dan menteri golongan kayangan ini gagal merasai denyut nadi kesusahan rakyat.

“Saya sedang mendapatkan komen lebih mendalam ibu bapa mengenai harga makanan kantin sekolah-sekolah di Tasek Gelugor,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan harga makanan di kantin sekolah meningkat sehingga 50 peratus pada sesi pembukaan sekolah yang bermula Selasa lalu, susulan peningkatan harga bahan mentah di pasaran.

Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah, Khairuddin Hamzah, berkata peningkatan harga itu bagi menampung kos operasi semakin meningkat, selain beberapa bahan asas yang menyaksikan peningkatan mendadak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This