Zahid beri bayangan UMNO bersama PH dalam PRN

Dari Penulis

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa UMNO akan bertanding bersama Pakatan Harapan (PH) dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) menjelang pertengahan tahun ini.

Perkara tersebut merupakan antara agenda yang diperkatakan Ahmad Zahid dalam Taklimat Presiden UMNO kepada lebih 3,000 perwakilan parti di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Taklimat tersebut bersempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang berlangsung hingga Sabtu ini.

Memetik laporan BH Online, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, persediaan UMNO berdepan enam PRN iaitu di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu merupakan antara perkara utama yang disentuh Ahmad Zahid.

Kata beliau, Presiden UMNO itu turut menekankan soal perpaduan dan solidariti dalam taklimat yang berlangsung kira-kira satu jam.

“Hari ini bincang mengenai solidariti dalam UMNO. Perpaduan amat penting kerana kita akan berhadapan enam PRN.

“Hari ini kita bincang (mengenai kerjasama) dalam UMNO , (kerjasama) dengan orang lain itu belum bincang lagi,” katanya.

Taklimat itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) yang membuka tirainya dengan perasmian serentak persidangan tiga sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri malam sehingga Sabtu ini.

Baca artikel berkaitan: Ahmad Zahid beritahu sebab sertai Kerajaan Perpaduan dalam taklimat khas

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam hantaran di Facebook berkata, sesi taklimat itu digunakan seluasnya untuk meluahkan rasa, menzahirkan cerita dan menelusuri cabaran yang beliau hadapi sepanjang bergelar Presiden UMNO.

Ahmad Zahid turut meluahkan keyakinan bahawa parti itu mampu bangkit daripada rebah dan kembali mencipta kejayaan.

“Alhamdulillah, saya amat terharu melihat ramai perwakilan yang sudah tiba di Dewan Merdeka bagi satu sesi taklimat Presiden UMNO.

“Biarlah hari ini, di dalam dewan keramat ini, kita bersama-sama membina semula gerakan parti kita.

“Perubahan serta pembaharuan yang akan dilaksanakan, kita bincangkan secara berjemaah.

“Dengan semangat musyawarah, saya yakin kita mampu bangkit dari rebah. Dengan keikhlasan, kita mampu mencipta kejayaan. Dengan doa kepada Allah, mudah-mudahan kita semua beroleh rahmah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This