PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperincikan sebab utama parti tersebut menyertai Kerajaan Perpaduan dalam sesi taklimat khas pada pukul 2.30 petang tadi.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam sidang media, hari ini.
Menurut Ahmad Maslan, lebih 3,000 perwakilan akan mendengar perincian faktor penyertaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan untuk disampaikan ke ahli akar umbi.
Beliau berkata, segala isu berkaitan penyertaan ke Kerajaan Perpaduan akan dimaklumkan Ahmad Zahid.
“Presiden tak boleh pergi terlalu detail mengenai Kerajaan Perpaduan dalam ucapan dasar.
“Apabila mereka pulang, mereka akan cerita tentang itu. Ketika ucapan dasar, mungkin beliau nak menyentuh banyak perkara tentang ekonomi, agama, tentunya ini yang akan dibincangkan dalam ucapan dasar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Laman Media Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Pelantikan dua ADUN jadi TKM, menteri tidak mewakili UMNO Sabah
Sementara itu, Ahmad berkata, kegagalan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu merupakan antara tumpuan yang akan dibincangkan pada PAU 2022 hingga Sabtu ini.
Katanya, perwakilan yang akan berbahas pada perhimpunan itu bagi menyampaikan pandangan dan cadangan berhubung kekalahan tersebut.
“Walaupun kita telah menang dalam tujuh pilihan raya kecil (PRK) dan kita juga menang dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Johor.
“Kenapa masa PRU-15, kita tidak dapat mengulangi kejayaan dua PRN dan tujuh PRK? Jadi tentu ada sebab-sebab luar biasa yang berlaku sehingga menyebabkan kami tewas sehingga hanya 30 kerusi Parlimen yang ada.
“Saya ingin mendengar apa pandangan-pandangan, kenapa wujud keluarbiasaan itu, apakah puncanya untuk kita boleh perbaiki pada masa depan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

