Ahmad Zahid bawa UMNO makin merudum hanya persepsi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DAKWAAN beberapa pihak bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kekal sebagai Presiden UMNO bakal membawa kejatuhan kepada parti itu hanya mainan persepsi semata-mata.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berpandangan, soal sama ada UMNO boleh bangkit atau tidak adalah isu teknikal bergantung kepada gerak kerja parti berkenaan selepas ini.

Mazlan memaklumkan, situasi politik adalah dinamik dan walaupun sokongan kepada UMNO ketika ini dilihat berkurangan tetapi perkara itu mungkin berubah menjelang pilihan raya negeri (PRN) pertengahan tahun ini.

Beliau berkata, keputusan supaya dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan telah diputuskan perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Justeru, kata beliau, persepsi orang luar menganggap keputusan itu tidak wajar dilihat tidak relevan kerana PAU merupakan badan besar yang telah membuat keputusan.

“Isunya sekarang majoriti perwakilan UMNO telah pun bersetuju dan dilegitimasikan menerusi PAU.

“Dalam konteks ini, mungkin perwakilan berfikir sekiranya dibiarkan ada pertandingan maka akan memecahkan lagi parti itu.

“Orang luar mungkin anggap tak wajar dengan Ahmad Zahid yang ketika ini berdepan kes di mahkamah tapi ia telah diputuskan oleh perwakilan UMNO itu sendiri, jadi kena terima,” katanya kepada UtusanTV.

Baca artikel berkaitan: UMNO tidak perlu berpecah lagi akibat perebutan jawatan

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, keputusan untuk tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu bukanlah satu kejutan kerana parti lain juga jarang membuka pertandingan.

Menurut Mazlan, ia demi menjaga perpaduan dalam sesebuah parti.

“Kita lihat dalam UMNO pun hanya ada empat kali jawatan itu dipertandingkan dan ia membawa kepada perpecahan.

“Bahkan, parti seperti Pas juga jarang mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Kita boleh ingat pada tahun 2015 sewaktu Datuk Seri Ahmad Awang mencabar Tan Sri Abdul Hadi Awang, ia akhirnya membawa kepada penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah),” jelas beliau.

Semalam, perwakilan UMNO meluluskan usul agar tiada pertandingan dijalankan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan kepimpinan parti itu yang sepatutnya diadakan sebelum 19 Mei depan.

Keputusan itu dicapai setelah undian dibuat dengan jumlah perwakilan yang menyokong usul bangun melebihi perwakilan yang tidak menyokong usul berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This