PM, Jemaah Menteri hadir program pemukiman perkukuh kesepaduan Kerajaan Perpaduan

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 27 anggota Jemaah Menteri hari ini menghadiri program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, program yang turut dihadiri 10 pegawai kanan kerajaan itu dilaksanakan bagi memperkukuh serta memantapkan kesepakatan dan kesepaduan dalam kalangan Jemaah Menteri.

“Selaras dengan hasrat Perdana Menteri dalam menterjemahkan agenda islah dan reformasi dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, program permukiman ini diisi dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tata kelola atau tadbir urus jentera kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan: PM ucap Selamat Hari Ponggal kepada komuniti Tamil

Aspek-aspek itu merangkumi struktur kerajaan dan hal ehwal pentadbiran awam; pengurusan kewangan dan perolehan kerajaan; persidangan antarabangsa dan kepentingan negara; protokol kerajaan dan profesionalisme; pembangunan lestari, senario ekonomi dan cabaran serta taklimat berkaitan komunikasi media.

Selain itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali turut menyampaikan taklimat pelaksanaan petunjuk prestasi utama (KPI) anggota Jemaah Menteri pada sesi pemukiman itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelarian Rohingya mesti patuh undang-undang atau berdepan tindakan – PM

SEMUA pelarian Rohingya yang berada di negara ini perlu sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan atau bakal berdepan dengan...

More Articles Like This