PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kerajaan mengambil serius cadangan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan, penentuan sasaran dan kriteria pengeluaran seharusnya dikaji dengan mendalam.
Wan Saiful berkata, beliau membaca laporan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat tidak bersetuju dengan rayuan rakyat untuk mengeluarkan dana KWSP demi memastikan kelangsungan hidup.
Menurut beliau, kaedah yang dipelopori sewaktu era Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu pengeluaran KWSP bersasar dan pengeluaran dalam jumlah berperingkat boleh menjadi landasan bagi Anwar.
“Saya faham kebimbangan Anwar mengenai masa depan pencarum dan saya juga faham kesusahan pencarum yang bimbang mengenai kehidupan hari ini yang semakin meruncing.
“Saya harap Anwar faham bahawa tuntutan masa depan dan tuntutan semasa mestilah diseimbangkan.
“Tapi jangan biarkan rakyat menderita dan sengsara hari ini, padahal mereka ada wang milik sendiri dalam akaun KWSP yang kerajaan halang mereka keluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Kerajaan cari jalan lain bantu rakyat selain pengeluaran KWSP – PM
Mengulas lanjut, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasik Gelugor berkata, beliau bersetuju kerajaan mesti mencari penyelesaian jangka panjang untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup.
Beliau memberitahu telah dikunjungi beberapa pengadu di pusat khidmat, malah telah menerima memorandum daripada Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIR) berhubung isu tersebut.
“Selama berpuluh tahun Anwar bercerita mengenai betapa banyaknya idea yang akan dia bawa apabila menjadi Perdana Menteri.
“Sekaranglah masanya untuk melaksanakan semua itu. Kenapa masih tercari-cari idea lagi? Adakah selama ini hanya berlakon tapi rupa-rupanya tiada idea? Kerajaan ini semakin hari semakin tidak kompeten menjaga kebajikan rakyat,” katanya.
Semalam, Anwar dilaporkan berkata, kerajaan akan berusaha mencari jalan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup berbanding membenarkan pengeluaran KWSP.
Katanya, majoriti pencarum memiliki baki simpanan yang sangat kecil dan adalah lebih baik ia disimpan untuk kegunaan lebih mendesak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

