7 teras KPM memenuhi konsep Madani – Fadhlina

Dari Penulis

ASPIRASI tujuh teras Kementerian Pendidikan (KPM) memenuhi konsep Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Madani itu sendiri bermaksud berjalan seiring dengan apa yang sedang dilaksanakan kementeriannya.

“Sebenarnya rangka Madani lengkap dan saya berkesempatan membaca naskah Madani lebih awal dan dalam setiap maksud Madani itu sudah ada segmen pendidikan.

“Kita akan rangkul bersama dalam gerak kerja di KPM kerana Madani ini terasnya semua terangkum dalam tujuh teras kita sebenarnya,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu KPM, hari ini.

Baca artikel lain: Saman fitnah: Muhyiddin fail pernyataan pembelaan 17 Januari lepas

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, KPM bercadang menaikkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk prasekolah kepada RM2.50 di Semenanjung dan RM2.75 bagi bagi Sabah serta Sarawak.

Katanya, cadangan sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan dalam pembentangan Bajet 2023 nanti.

“Prasekolah ini, kita berjuang untuk yang ada dan akan datang. Sekarang ini kadar mereka ialah RM2 di Semenanjung manakala RM2.25 di Sabah dan Sarawak.

“Jumlah itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa memang mereka tak akan mendapat makanan dan nutrisi yang tepat untuk pembesaran mereka,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This