Karier politik KJ belum berakhir, Tun M juga dulu dipecat UMNO – Penganalisis

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DIPECAT tidak bermakna karier politik pemimpin berkualiti seperti Khairy Jamaluddin sudah berakhir bersama parti keramat orang Melayu, UMNO.

Sebaliknya ia hanyalah permulaan kepada perjalanan hebat bagi Khairy untuk bergelar seseorang yang besar untuk UMNO dan juga negara.

Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali menegaskan, Tun Dr Mahathir Mohamad juga suatu masa pernah dipecat daripada UMNO selepas mengkritik Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menerusi buku The Malay Dilemma.

Namun, katanya, Dr Mahathir mengambil pendekatan untuk tidak menyertai mana-mana parti sehinggalah dibawa masuk semula ke dalam UMNO oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

“Jalan paling selamat dia (Khairy) kekal, mendiamkan diri dahulu, Tun Mahathir dulu kena pecat dan kembali jadi Presiden dan Perdana Menteri. Khairy kena faham, dia tak boleh gopoh.

“Orang macam Khairy kena tunjuk pengorbanan dan kewibawaan dia dengan bersabar, Zahid Hamidi adalah pemimpin sekarang jadi kena hormatlah Presiden.

“Mahathir ini dulu worker macam Khairy, Mahathir buat buku dan kritik kemudian dipecat. Bila Tun Razak ambil alih (UMNO) dia bawa balik Mahathir.

“Khairy adalah pemimpin yang sepatutnya duduk di tempat yang lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Baca artikel lain: Isu import, sekuriti makanan antara fokus Belanjawan 2023 – PM

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan pemecatan Khairy dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar daripada UMNO.

Katanya, pemecatan dibuat selepas mereka didapati melanggar disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO.

Dalam pada itu, Mazlan melihat tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memecat dan menggantung beberapa pemimpin parti itu sebagai jalan kepada pemulihan parti.

Katanya, Ahmad Zahid tidak boleh menyimpan ahli yang tidak mendukung kepimpinan beliau dan sebelum keadaan menjadi lebih teruk tindakan seperti ini perlu dilaksanakan.

Beliau mengakui wujud perpecahan di dalam UMNO pada ketika ini namun ianya tidaklah besar dan akan pulih mengikut masa.

“Keputusan semalam menunjukkan yang kepimpinan Zahid ini mahu supaya dalam UMNO ini tiada ada lagi kelompok-kelompok maksudnya satu hala sahaja orang yang bersama pucuk pimpinan.

“Tindakan memecat dan menggantung sedikit akan membawa kesan kepada UMNO, kesan mungkin daripada sokongan pada pilihan raya negeri nanti.

“Itu adalah langkah pemulihan tetapi akan beri impak, perpecahan akan ada tapi ia akan bersifat sementara dan dalam tradisi UMNO memang macam itu,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This