147 bahagian sokong Shahrizat kembali terajui Wanita UMNO

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 147 Bahagian Wanita UMNO menyatakan sokongan supaya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui kepemimpinan Wanita parti tersebut.

Perkara tersebut didedahkan Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah dalam kenyataan hari ini.

Menurut Haryaty, semua 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian seluruh negara telah mengadakan pertemuan dengan Shahrizat.

Beliau berkata, sebahagian besar Ketua Wanita UMNO Bahagian telah membuat pertimbangan untuk meminta Shahrizat kembali menerajui kepimpinan Wanita.

“Secara peribadi, saya tidak pernah berada di bawah kepimpinan beliau semasa beliau mengetuai Wanita UMNO, namun reputasi dan legasi semasa menjadi Menteri pertama di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ditinggalkan sebelum ini amat berkesan dan banyak kejayaan yang dihasilkan.

“Beliau sentiasa menjadi idola kebanyakan wanita di luar sana.

“Selaku kepimpinan wanita awal 40-an, saya perlu mendapatkan sentuhan kepimpinan Shahrizat bagi membimbing dan menyediakan barisan pelapis yang berkaliber untuk parti seterusnya menjuarai isu-isu wanita dengan membawa suara wanita Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Keputusan kerajaan berani, legakan rakyat – Wanita UMNO

Dalam pada itu, Haryaty menegaskan, Wanita sebagai tulang belakang parti banyak berperanan dalam menjaga akar umbi dan menjadi petugas utama melalui ‘Jalinan Rakyat’ dalam setiap pilihan raya.

Jelas beliau, Wanita berkhidmat untuk parti dengan gigih biar pun representasi wanita sebagai pembuat dasar masih rendah.

“Isu-isu wanita tidak pernah kurang, sebaliknya meningkat sejak pandemik COVID-19 melanda.

“Wanita memerlukan kepimpinan yang berkesan untuk memimpin dalam dunia semakin mencabar ini,” jelas beliau.

Terdahulu, media melaporkan Shahrizat dikatakan bakal kembali ke gelanggang sekali gus menjadi pesaing kepada Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO.

Memetik laporan FMT, hasrat supaya Shahrizat kembali memimpin Wanita UMNO disuarakan akar umbi kerana sayap penting dalam parti itu dikatakan sudah semakin ‘lemah dan lesu’.

Noraini mengetuai Wanita UMNO selepas menewaskan Datuk Seri Azizah Mohd Dun pada pemilihan parti tahun 2018.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tiga lelaki warga asing ditahan kes curi dan dadah

TIGA lelaki warga asing ditahan dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Strike Team Balai Polis Tawau selepas dipercayai terbabit...

More Articles Like This