Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor - GAMBAR: Abd Razak Aid

PAKATAN Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka menemui jalan buntu dalam proses rundingan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa, ini kerana akan berlaku perebutan kerusi di antara dua gabungan tersebut terutama di kawasan majoriti Melayu.

Dakwanya, UMNO pasti akan menuntut bertanding di kawasan majoriti Melayu yang mana PH turut mempunyai hasrat sama.

“Saya rasa PH dan BN akan berebut kerusi, pembahagian yang sangat sukar, kerana tentu kerusi Melayu akan dituntut oleh UMNO dan BN untuk menentang Perikatan Nasional (PN).

“Orang lain pun nak juga kerusi itu, saya rasa ‘perkahwinan’ ini akan menemui kegagalan dan perceraian, ia susah saya tahu, nampak pun sukar,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Kontinjen Kedah sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Wisma Darul Aman, hari ini.

Baca artikel lain: Azmin Menteri Besar Selangor? PN ada ramai calon layak – Iskandar

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi mengalu-alukan hasrat Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar untuk bertanding bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN ini.

Beliau mencadangkan supaya Mahfuz bertanding di mana-mana DUN sama ada Derga, Alor Mengkudu atau Bukit Lada.

“Dia (pun) kalah di Pokok Sena (dengan majoriti besar) 31,000 (undi), saya ucap selamat kembali untuk bertanding di kerusi DUN pula, (saya alu-alukan beliau) cuba nasib di mana-mana (DUN), seperti Alor Mengkudu, Bukit Lada, Derga untuk kita berentap di medan politik.

“Kalau nak bercakap siapa pun boleh, (tetapi kalau sampai) 31,000 (undi) majoriti, (susah Mahfuz) nak cover balik (dalam PRN akan datang),” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram