PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Ankara sebaik tiba di ibu negara Turkiye itu, hari ini.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan beliau menzahirkan solidariti Malaysia kepada Turkiye sebagai negara sahabat ketika saat getir dan sukar.
Perdana Menteri turut menyatakan komitmen yang tidak berbelah bahagi negara terutama dalam membantu warga Turkiye yang terkesan akibat malapetaka gempa bumi.
Beliau juga menyampaikan ucapan takziah dari rakyat Malaysia kepada Erdogan.
“Saya menzahirkan solidariti Malaysia sebagai negara sahabat ketika saat getir dan sukar serta komitmen yang tidak berbelah bahagi terutamanya dalam membantu warga Turkiye yang terkesan dari malapetaka gempa.
“Saya turut menyampaikan ucapan takziah dari rakyat Malaysia serta memaklumkan mengenai bentuk bantuan yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Baca artikel berkaitan: Gempa bumi: PM bangga dengan pasukan SAR Malaysia di Turkiye
“Bersama kita mendoakan agar peristiwa duka ini cepat berlalu dan Turkiye kembali pulih,” katanya dalam hantaran tersebut.
Ketibaan Perdana Menteri bertemu Erdogan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali; Duta Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.
Beliau sebelum itu meluangkan masa kira-kira 40 minit melawat dan mendengar taklimat operasi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara di Nurdagi, Gaziantep.
Anwar tiba di Nurdagi pada pukul 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) dan diberi taklimat ringkas pengoperasian pasukan SAR negara sebelum dibawa melihat peralatan dan kelengkapan SAR serta dua anjing pengesan, Frankie dan Denti yang dibawa ke Nurdagi.
Anwar dalam rangka lawatan mengejut ke Turkiye atas dasar persahabatan dan permintaan Erdogan yang telah dua kali menghubunginya meminta beliau ke Turkiye.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

