SEMUA agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah digerakkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Johor.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau telah turun sendiri ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, Bandar Dato Onn, pagi tadi.
Menurut Onn Hafiz, PPS tersebut merupakan antara 21 PPS yang telah dibuka di empat daerah yang paling teruk dilanda banjir di Johor setakat pukul 8 pagi tadi.
“Johor diuji lagi dengan bencana banjir. Selain itu, saya sempat melihat sendiri operasi menyelamat mangsa-mangsa yang masih berada di kediaman berhampiran.
“Saya dimaklumkan sehingga sekarang seramai 560 keluarga dengan jumlah 1,591 mangsa terjejas akibat banjir ini serta dijangka berlaku pertambahan jumlah mangsa dalam waktu terdekat,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Baca artikel berkaitan: Johor dilanda banjir: 1,951 mangsa dipindahkan ke 221 PPS di empat daerah
Dalam pada itu, Onn Hafiz turut berpesan kepada semua pihak terutama petugas agar sentiasa mengutamakan keselamatan dalam misi membantu mangsa banjir.
“Saya juga menyeru seluruh Bangsa Johor untuk terus peka dan mendengar arahan pihak keselamatan, juga sentiasa berhati-hati serta saling menjaga sesama kita,” jelas beliau.
Tidak cukup sebulan, negeri itu sekali lagi dilanda banjir mulai malam tadi ekoran hujan lebat tidak berhenti sejak pagi semalam.
Setakat 9 pagi tadi, jumlah mangsa banjir ialah 2,162 orang melibatkan 581 keluarga di lima daerah terjejas banjir iaitu Segamat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

