Apakah pendekatan pendigitalan Malaysia ‘magic formula’ selesai isu TKI?

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

JANUARI lalu ketika menghadiri syarahan umum sempena lawatan rasmi ke Indonesia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian tentang kaedah pendigitalan.

Beliau yakin masalah berkaitan pengambilan pekerja Indonesia ke Malaysia dapat diselesaikan jika kedua-dua negara mengubah sistem sedia ada ke arah pendigitalan.

Jelasnya, beberapa perkara seperti dokumen dan bayaran dapat diselaraskan melalui langkah tersebut.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Saya pasti ia boleh diselesaikan. Pertama sistem pemilihan itu harus dipertingkatkan kerana ada ejen memunggah kekayaan dengan mengenakan kos yang tinggi.

“Sistem harus berubah di Malaysia, Indonesia dan juga Bangladesh. Carilah bisnes lain, bukan perniagaan manusia. Bila buat pendigitalan, pekerja tidak perlu bayar ejen terlalu tinggi,” kata Anwar.

Bagaimanapun, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono yang melalui banyak pengalaman tentang cara Tenaga Kerja Indonesia (TKI) ditangani bertanyakan, apakah pendigitalan merupakan ‘magic formula’ kepada permasalahan ini?

Beliau yang pernah menjawat jawatan diplomat di Malaysia pada 2013 dan Duta Besar sejak September 2020 melihat usaha menyelesaikan isu TKI jauh lebih luas, mendalam dan serius malah melangkaui pendekatan pendigitalan.

Meskipun begitu, beliau mengakui pendigitalan bagus dalam aspek ketelusan dan kepantasan namun bukanlah jalan penyelesaian tuntas kepada isu yang sangat kompleks ini.

Baca artikel lain: Nasib TKI: Memori hitam Okta Ningrum, dihenyak hingga pecah mulut

“Pendigitalan secara praktiknya sudah ada tetapi pendigitalan itu dikelola oleh manusia juga, dibuat oleh manusia.

“Pendigitalan hanyalah alat, yang lebih penting adalah komitmen kita, bagaimana pemikiran kita untuk menyelesaikan masalah ini.

“Jadi menggunakan alat semata-mata saya tidak rasa akan menyelesaikan masalah ini, kita terbuka, sebarang pilihan mari kita bincangkan bersama antara dua kerajaan,” katanya ketika ditemui UtusanTV, baru-baru ini.

Hermono menegaskan, Indonesia menaruh harapan yang begitu tinggi terhadap janji diberikan oleh Anwar ketika dalam lawatannya.

Beliau mendoakan, sebelum kedatangan Presiden, Joko Widodo ke Kuala Lumpur sekurang-kurangnya sudah ada langkah ketara diambil bagi memperbaiki masalah ini.

Naomi Mora Emu,28,(kiri) kini menetap di rumah perlindungan di Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia bersama mangsa-mangsa yang lain. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Perdana Menteri secara eksklusif berkata kepada media bahawa kalau nanti Presiden datang ke Malaysia Jun atau Julai ini, ia sudah diselesaikan, tentunya harapan saya kalau pun ia tidak diselesaikan seluruhnya ada keputusan yang ketara.

“Kita harus bisa sajikan di sini sudah lebih baik, di sini sudah lebih baik, ini yang kita harus lihat, kita ada beberapa bulan lagi, kalau kita tidak melihat ini akan sukar juga.

“Jadi harapan saya oleh kerana ini sudah menjadi komitmen pemimpin kita, Indonesia terbuka kepada inisiatif Malaysia, harapan saya harus ada sesuatu yang ketara, signifikan dalam masa beberapa bulan lagi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This