Kuda putih berlari di LPT2 kerana terkejut kemalangan – polis

Dari Penulis

SEEKOR kuda cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 251.9, Lebuhraya Pantai Timur 2, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kemalangan pada pukul 9.14 pagi itu melibatkan sebuah lori kontena dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan belaku ketika pemandu lori berusia 34 tahun memandu di lorong kiri dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu.

Hanyan Ramlan
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan.

“Ford Ranger yang dipandu seorang pengurus datang dari lorong kanan untuk memotong, tetapi telah hilang kawalan.

“Pemandu lori yang tidak sempat mengelak telah melanggar belakang kereta kuda dan kuda yang terkejut telah keluar ke arah jalan raya.

“Kedua-dua kenderaan telah bergesel dan terbabas di besi penghadang jalan sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca : Pemandu, penumpang ‘lalok’ sebabkan kemalangan ditahan

Jelasnya, kuda yang dikenali sebagai Riyadh telah berlari sejauh 5 kilometer sebelum dijinakkan oleh pengurus dan ditangkap semula setelah keadaan terkawal.

“Kuda mengalami luka ringan di bawah badan dan kini di transit di Pan Endurance Stable, Cherating, Pahang.

“Kuda tersebut adalah milik sebuah Kelab Benua Equestrian Stable, Serdang dan akan menyertai Program Piala Menteri Besar Terengganu pada 17 Mac ini,” jelasnya.

Hanyan berkata, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi kenderaan mengalami pelbagai kerosakan.

Kes kini disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This