Hafidz Roshdi mengaku tak bersalah cederakan isteri

Dari Penulis

PELAKON Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini selepas didakwa mencederakan isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri pada 2 Mac lalu.

Hafidz membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Siti Fatimah Talib selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Hafidz telah menumbuk sebanyak tiga kali di bahagian kiri wajah mangsa selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di susur keluar tol Sungai Buaya.

Susulan kejadian itu, Nurul Shuhada yang juga ibu kepada dua orang anak itu telah menerima 10 jahitan pada wajah dan ia meninggalkan parut kekal.

Hafidz didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya. Dan ia turut dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Pelakon Mr Dnout Karamel itu hadir ke mahkamah pada pukul 8.30 pagi dengan memakai kemeja hijau bersama dengan jaket kelabu. Hafidz turut ditemani beberapa individu lelaki termasuk peguamnya.

5 Mac lalu, Hafidz ditahan sekitar pukul 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil...

More Articles Like This