Berat Yasin susut 18kg sejak masuk penjara, kini derita penyakit tiroid

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

PENYANYI dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman memaklumkan berat badannya susut sebanyak 18kg sejak dimasukkan ke penjara.

Yasin, 48, bagaimanapun tidak mahu orang ramai berandaian dia tidak diberi makan yang mencukupi oleh pihak penjara.

“Berat saya turun sehingga 48kg daripada 66kg sejak saya masuk ke penjara.

“Namun, saya tidak mahu orang berandaian bahawa penjara tidak beri saya makan dengan cukup. Itu tidak betul. Di penjara makanan melimpah ruah,” katanya.

Pendendang lagu Mimpi Laila itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, pagi ini.

Malah, Yasin mengakui dia berada dalam keadaan sihat dan gembira walaupun berat badannya menyusut mendadak.

Dalam pada itu, Yasin turut memberitahu dirinya kini menhidap penyakit tiroid sejak lima bulan lalu.

Beliau turut bersyukur dengan bantuan oleh pihak penjara bagi mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan yang diperlukan bagi penyakit itu.

Baca: Yasin terlepas hukuman gantung

Terdahulu dalam prosiding di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad pagi ini, Yasin sekali lagi gagal dalam representasi ketiga bagi mengkaji tiga tuduhan kes dadah yang dihadapinya.

Bagaimanapun, Peguam yang mewakili Yasin, Ariff Azami Hussein berkata, beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk memfailkan representasi keempat atas tujuan sama.

“Kami mendapat arahan anak guam untuk memasukkan representasi keempat dan sudah memaklumkannya kepada pihak pendakwaan mengenai hasrat kami ini semalam.

Pihak pendakwaan tiada bantahan atas permohonan itu.

“Kami juga memohon supaya tarikh bicara hari ini dan esok dilapangkan sementara representasi keempat dimasukkan dan dipertimbangkan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah tidak membantah permohonan berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 31 Mei, 1 dan 2 Jun depan untuk perbicaraan kes.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This