Kerajaan kaji semula semua monopoli untuk sediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud di dalam negara pada masa ini sebagai langkah untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos yang berpatutan.
Anwar berkata semua kementerian telah diarahkan untuk mengkaji kewajaran pelaksanaannya supaya terdapat suatu penilaian adil terhadap isu berkenaan.

“Prinsip pembangunan ekonomi yang telus memerlukan kami untuk membuat beberapa pelarasan dan peralihan daripada yang apa saya fikirkan sebagai kehuru-haraan, lapuk dan untuk menangani kepentingan tertentu dalam konteks monopoli,” kata Perdana Menteri dalam sidang media di akhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Arab Saudi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan menguraikan lebih banyak monopoli berikutan keputusan kerajaan tidak melanjutkan konsesi perkhidmatan pemeriksaan kenderaan oleh Puspakom Sdn Bhd (Puspakom).

Baca artikel lain: Mara tidak santuni kehendak politik meski lahir daripada UMNO

Anwar berkata kerajaan akan terus membantu syarikat-syarikat Bumiputera, bagaimanapun ia mesti dilakukan secara telus untuk membenarkan persaingan yang adil antara syarikat-syarikat.

“Jika kita mengambil berat untuk mempertahankan kepentingan Bumiputera maka laksanakannya dengan jelas, dengan telus dan biarkan Bumiputera yang berkenaan bersaing.

Kerajaan ini tidak semestinya akan memungkiri komitmen kami untuk membantu syarikat-syarikat Bumiputera tetapi ia harus dilaksanakan dengan telus dan membenarkan persaingan adil dalam kalangan syarikat-syarikat Bumiputera,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Kabinet membuat keputusan membenarkan semua pihak yang layak untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan selepas konsesi Puspakom berakhir pada 31 Ogos, 2024.

Loke berkata keputusan itu dibuat pada 17 Mac untuk mempromosikan sebuah industri perkhidmatan yang berdaya saing.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This