PH nafi ‘berkorban’ kerusi untuk BN dalam PRN Selangor

Dari Penulis

PAKATAN Harapan (PH) Selangor menafikan terpaksa ‘berkorban’ beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Ia bagi memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi selamat yang majoriti Melayu.

Memetik laporan BH Online, Setiausaha PH Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, isu terpaksa ‘berkorban’ kerusi itu tidak dibincangkan bersama BN dalam rundingan berkaitan agihan kerusi.

Beliau berkata, pendirian pihaknya sangat jelas iaitu parti akan kekal bertanding di kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Jelas Mohd Khairuddin, ia seperti diputuskan PH di peringkat pusat.

“Tidak ada perbincangan berkaitan ‘korban kerusi’ di Selangor. Pendirian PH Selangor sebagaimana kenyataan Ketua Setiausaha PH (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) iaitu ‘status quo’ bagi semua kerusi yang dimenangi oleh PH.

“Jika kita tidak boleh menang banyak, jadi kenapa perlu adanya kerjasama,” katanya.

Terdahulu, laporan FMT memetik sumber memaklumkan DAP dan PKR dijangka ‘berkorban’ beberapa kerusi selamat untuk memberi laluan kepada calon BN dalam PRN Selangor tidak lama lagi.

Laporan itu turut menyebut ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz merupakan salah seorang calon nama besar yang mungkin diletakkan di kerusi selamat.

Baca artikel berkaitan: PRN: PKR, DAP dijangka ‘berkorban’ di Selangor

Sumber tersebut memaklumkan, PH mungkin menyerahkan sekurang-kurangnya lima kerusi ‘selamat’ kepada BN sebagai langkah strategik mengekalkan kerajaan perpaduan.

Antara kerusi yang dikenal pasti termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek; Kota Kemuning; Dusun Tua dan Dengkil.

Kerusi-kerusi berkenaan merupakan majoriti Melayu namun dengan bilangan pengundi Cina yang tinggi.

PKR juga dijangka membiarkan Umno bertanding di kerusi yang dirampas Bersatu pada 2018.

Pada ketika ini, PH memegang 40 daripada 55 kerusi dalam DUN Selangor – PKR (19), DAP (15) dan Amanah (6).

Kerusi DUN selebihnya diwakili BN (5), PN (5), Pejuang (2), Parti Bangsa Malaysia (2) dan Warisan (1).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This