HASRAT parti gabungan Kerajaan Perpaduan untuk menggunakan logo dacing milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) sangat dialu-alukan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Malah, Bersatu sangat mengalu-alukan mereka menggunakan logo tersebut terutamanya di negeri Kelantan dan juga Terengganu.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal percaya, perkara tersebut tidak memberi kesan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam misi mempertahankan kerusi yang dimenangi sebelum ini.
“Kami alu-alukan perkara tersebut, sila gunakan lebih-lebih lagi di Pantai Timur yang merupakan kawasan kuat orang Melayu.
“Kamu (PH-BN) buat begitu, memang habis kerusi kamu disapu bersih di sana,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Baca artikel lain: Dakwaan rasuah: Pegawai Hamzah Zainudin buat laporan polis
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, berhubung pertuduhan kes rasuah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Baru-baru ini, BN Terengganu sedia mengizinkan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo dacing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Ketua Penerangannya, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, tiada halangan bagi PH menggunakan mana-mana logo dalam PRN itu.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan pula berkata, pihaknya, penggunaan logo dacing itu merupakan strategi pilihan raya yang dilihat boleh memberikan impak yang lebih baik.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

