Polis rampas 77kg dadah bernilai RM3.2 juta daripada penjual ikan

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

POLIS menahan seorang penjual ikan dan merampas dadah seberat 77 kilogram (kg) bernilai RM3.2 juta dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur pada 18 Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Shuhaily Mohd Zain berkata, lelaki berbangsa Cina itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Selayang.

Katanya, selepas pemeriksaan dilakukan pihak polis menemukan sebanyak 10 pil ekstasi yang disembunyikan di dalam beg silang milik suspek.

“Susulan daripada tangkapan tersebut, polis telah menjalankan serbuan kedua dan berjaya merampas sejumlah pil ekstasi dan pil Erimin 5 dengan anggaran berat 20kg di dalam bonet kereta jenis Mercedes-Benz dipercayai milik suspek di kondominium sama.

Sebahagian daripada dadah Eramin 5 bernilai RM 3.6 juta yang dirampas selepas polis berjaya menangkap seorang suspek serta membongkar stor penyimpanan dadah dalam Ops Snakewood ketika Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Shuhaily Mohd Zain mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Berpandukan suspek, polis telah menjalankan serbuan ketiga ke atas sebuah rumah di Batu Cave, Selangor yang dipercayai dijadikan stor untuk menyimpan pil Erimin 5,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan pihaknya telah menemukan sejumlah pil Erimin 5 dengan anggaran berat 57kg.

Menurut beliau, suspek mengedar dadah sejak awal tahun.

Hasil ujian saringan awal, polis mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan tiada rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Shuhaily Mohd Zain menunjukkan sebiji pil estacy bertanda huruf ‘S’ yang berjaya dirampas ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Katanya, jumlah nilai dadah yang dirampas serta sitaan harta suspek iaitu wang tunai berjumlah RM21,000, kereta jenis Mercedes-Benz, serta sebuah kereta jenis Perodua Alza.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 25 Mei ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jumlah keseluruhan dadah tersebut mampu menampung penggunaan seramai 250,000 orang pengguna dadah,” ujarnya lagi.

Menurut Shuhaily lagi, polis percaya bahawa pasaran sasaran suspek adalah sekitar Lembah Kelang selain memaklumkan pihaknya masih menyiasat rangkaian kerja suspek.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This