PIHAK sekolah diingatkan supaya bersikap telus dan tidak menyorok sebarang kes buli melibatkan pelajar.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, ia dibimbangi mengakibatkan masalah lebih buruk berlaku dan seterusnya mangsa terlibat dalam kes jenayah besar.
“Saya menyarankan semua sekolah melibatkan pengetua, warden memastikan tidak berlaku kes buli dan tidak menyembunyikan kes itu supaya tidak berlaku insiden lain di luar jangkaan.
“Kesinambungan tanggungjawab ibu bapa untuk tanya anak-anak keadaan di sekolah, bagaimana keselesaan, layanan, kawan-kawan, kaedah pembelajaran dan kehidupan di sekolah kena tanya untuk dapatkan info awal,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Perhimpunan Agensi Agama Negeri di Auditorium Masjid Al- Azim, Bukit Palah, hari ini.
Baca artikel lain: Keputusan MCA, MIC tak jejas Kerajaan Perpaduan, Anwar ucap terima kasih
Rahmad diminta mengulas dakwaan bapa remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya sehingga maut pada Rabu disebabkan suspek pernah menjadi mangsa buli di asrama.
Media sebelum ini melaporkan Najli Yakob, 42, berkata, mangsa Muhammad Haziq Damiri Najli, 9, rapat dengan abang sulungnya, namun kelakuan remaja terbabit berubah selepas didakwa menjadi mangsa buli di asrama sejak tahun lalu.
Dia yang bekerja sebagai tukang urut mendakwa, anaknya sebelum ini pernah memberitahu dibuli dan percaya kesan perbuatan tersebut telah menyebabkan dia mengalami trauma hinggakan sering meracau.
Remaja lelaki terbabit ditahan reman selama tujuh hari bermula Khamis hingga 12 Julai ini untuk membantu siasatan.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Asyikin Rosli di Mahkamah Majistret Melaka.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

