Tun M kritik idea Malaysia berbilang kaum cubaan nak kekal relevan – PM

Dari Penulis

KENYATAAN Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mempromosi Malaysia sebagai negara berbilang kaum yang didakwa melanggar Perlembagaan hanya cubaan mahu kelihatan relevan.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dilaporkan Malaysiakini.

Menurut Anwar, tindakan bekas Perdana Menteri itu disifatkan cubaan terdesak yang terakhir untuk kekal relevan.

Perdana Menteri menyatakan Dr Mahathir telah kehilangan pengaruhnya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu apatah lagi mengalami kekalahan teruk di kerusi Parlimen Langkawi.

“(Mahathir) hilang deposit di Langkawi, saya rasa kita tidak patut ambil serius sangat.

“Sudah tentu, (ini) percubaan terakhirnya untuk dilihat relevan. Saya akan menjadikan dia tidak relevan.

“Saya tidak akan mengulas mengenainya,” kata Anwar semasa sesi soal jawab pada Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia (IMLC) 2023, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Promosikan Malaysia berbilang bangsa bertentangan Perlembagaan – Tun M

Beliau menjawab soalan bekas presiden Badan Peguam Malaysia, Christopher Leong, yang menjadi moderator sesi itu, sekiranya ada kesan daripada komen Dr Mahathir itu.

Dr Mahathir sebelum ini mendakwa tindakan mempromosikan Malaysia sebagai negara berbilang bangsa bertentangan dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan, Perlembagaan tidak pernah menyebut bahawa Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

Malah, beliau juga mengatakan Anwar terpaksa mengikut telunjuk DAP kerana terdapat 40 ahli Parlimen DAP yang memberi sokongan kepada kerajaan ketika ini.

Ini termasuk menjadikan Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan menggantikan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This