DATUK Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, tidak pernah meninggalkan Hulu Kelang seperti mana didakwa, sebaliknya kata beliau, perbuatan melompat kawasan gemar dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Calon Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau konsisten kekal bertanding di kawasan kelahirannya sejak 1999, berbanding Anwar yang lari daripada Permatang Pauh sehingga ke Tambun pada pilihan raya umum lalu.
“Hulu Kelang merupakan political base saya, saya diberi mandat dalam politik ini seawal 1999 di Hulu Kelang dan ketika saya dipilih menjadi Ahli Parlimen Gombak, Hulu Kelang adalah dalam Parlimen Gombak, jadi tak timbul soal lari seperti didakwa musuh politik saya.
“Yang lari daripada ‘political based’ adalah orang seperti (Anwar) dari Permatang Pauh, lari ke Port Dickson lari ke Tambun…itu lari,” katanya seperti dilapor FMT.
Baca artikel lain: ‘Kami harap menang lagi kali ini’ – Amirudin
Mohamed Azmin, berpindah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa ke Hulu Kelang berdepan Timbalan Ketua Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli yang juga dipindahkan dari DUN Bukit Melawati.
DUN Hulu Kelang merupakan kerusi majoriti Melayu yang dimenangi dan dipertahankan aktivitis reformasi dan pemimpin Amanah, Saari Sungib selama tiga penggal berturut-turut.
Beliau yang memenangi DUN Hulu Kelang atas tiket PKR mengumumkan tidak mempertahankan kerusi itu pada PRN ini, atas masalah kesihatan.
Pada PRU15, Mohamed Azmin gagal mempertahankan Parlimen Gombak yang disandang selama tiga penggal, di tangan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

