Suhaizan mahu teruskan khidmat Allahyarham Salahuddin di Pulai

Dari Penulis

BEKAS Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat berazam mahu meneruskan khidmat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada penduduk di Parlimen Pulai.

Ia selepas Setiausaha Politik Allahyarham Salahuddin itu telah diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, 9 September depan.

Memetik laporan Sinar Online, Suhaizan mahu menggunakan segala pengalaman untuk meneruskan khidmat di Pulai.

“Saya akan melaksanakan tugas dengan baik bagi membalas kepercayaan diberikan pucuk pimpinan PH dan Amanah untuk saya bertanding di Parlimen Pulai.

“Parlimen Pulai juga amat dekat di hati saya.

“Ini kerana bukan sahaja saya Ketua Amanah Pulai, malah ketika Allahyarham Salahuddin menyandang kerusi itu, saya sebagai Setiausaha Politik, menyusun segala aktiviti turun padang dan menemaninya setiap kali aktiviti diadakan.

“Selain itu, saya turut menjadi wakilnya di kawasan menerima pelbagai aduan masyarakat,” katanya.

Suhaizan yang juga Ketua Amanah Pulai diumumkan sebagai calon PH bagi kerusi Parlimen Pulai oleh Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Suhaizan pernah bertanding di Parlimen Parit Sulong pada 2004, Parlimen Simpang Renggam (2013), Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup (2018) dan DUN Pulai Sebatang (2022).

Baca artikel berkaitan: Amanah umum Suhaizan calon PRK Parlimen Pulai, Nazri DUN Simpang Jeram

Dalam pada itu, Suhaizan yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, pelbagai isu akan diberi tumpuan di Parlimen Pulai termasuk permasalahan rakyat di Program Perumahan Rakyat (PPR) yang banyak di kawasan Pulai.

“Parlimen Pulai terletak di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru dan terdapat empat PPR besar di Kempas, Melana, Uda Utama dan Perling yang memerlukan perhatian berikutan jumlah penduduk yang ramai di situ.

“Selain itu, banyak isu-isu perumahan, penempatan penduduk serta infrastruktur yang perlu diberi perhatian terutama masalah komuniti termasuk parkir, lif, jalan serta isu perparitan menjadi rungutan penduduk,” katanya.

Pada PRU15 yang lalu, Salahuddin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pulai selepas memperoleh 64,900 undi.

Allahyarham menang dengan majoriti 33,174 undi menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed (Barisan Nasional) yang memperoleh 31,726 undi manakala calon Perikatan Nasional (PN), Loh Kah Yong dengan undi sebanyak 20,677.

Salahuddin juga berjaya mempertahankan DUN Simpang Jeram buat penggal kedua pada PRN Johor tahun lalu, apabila memperoleh 8,749 undi mengalahkan calon PN, Zarul Salleh (6,350 undi), calon BN, Lokman Md Don (6,062) dan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Mahaizal Mahmor dengan 208 undi.

Bagi DUN Simpang Jeram, Amanah membuat keputusan meletakkan Jurutera Majlis Perbandaran Muar, Nazri Abdul Rahman sebagai calon.

Kedua-dua PRK itu dilaksanakan disebabkan kekosongan luar jangka susulan kematian Salahuddin pada 23 Julai lepas.

Timbalan Presiden Amanah itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah, pada usia 61 tahun.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 26 Ogos, sementara pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pada 9 September.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This