Ahli Parlimen Pulai dimasukkan ke ICU kerana paras oksigen menurun

Dari Penulis

AHLI Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Johor Bahru, malam tadi.

Memetik laporan BH Online, Suhaizan, 52, telah dimasukkan ke ICU selepas paras oksigen dalam badannya menurun akibat jangkitan kuman.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan bagaimanapun memaklumkan keadaan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu berada dalam keadaan stabil ketika ini.

Namun begitu, beliau berkata, Suhaizan masih memerlukan pemantauan berterusan daripada pakar perubatan.

“Memang benar, Suhaizan dimasukkan ke hospital sejak Isnin lalu akibat jangkitan pada usus dan paras darah putih yang tinggi menyebabkan paras oksigennya rendah.

“Alhamdulilah, Suhaizan stabil, cuma malam tadi dia demam dengan suhu tinggi dan paras oksigen menurun.

“Pagi ini keadaannya stabil dan sedar, namun masih dalam pemantauan doktor di ICU,” katanya.

Baca artikel lain: Suhaizan angkat sumpah Ahli Parlimen Pulai

Terdahulu, salah seorang pembantu Suhaizan memaklumkan Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Amanah itu dimasukkan ke ICU hospital tersebut kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Lawatan dan ziarah tidak dibuka kepada orang luar selagi di ICU. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga Suhaizan segera sembuh,” katanya.

Pada 9 September 2023, Suhaizan yang juga Naib Pengerusi Amanah Johor menang di kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti 18,641 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai.

Suhaizan meraih 48,283 undi menewaskan Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 29,642 undi, manakala calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi, hanya meraih 528 undi.

Suhaizan menggantikan Datuk Seri Salahuddin Ayub, 61, penyandang kerusi Parlimen Pulai yang juga Timbalan Presiden Amanah, yang meninggal dunia pada 23 Julai 2023.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Risiko belanjawan gagal diluluskan punca PRN Negeri Sembilan diadakan

PAKATAN Harapan (PH) menyifatkan Negeri Sembilan berdepan risiko krisis pentadbiran sekiranya Belanjawan Negeri gagal diluluskan pada sidang Dewan Undangan...

More Articles Like This