Perdana Menteri akan sampaikan Kenyataan Negara di UNGA, malam ini

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Kenyataan Negara pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, hari ini.

Beliau dijangka memulakan ucapan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 9.45 pagi (9.45 malam waktu Malaysia).

Sesi pagi prosiding hari ini akan dimulakan dengan ucapan oleh Presiden Republik Macedonia Utara, Presiden Stevo Pendarovski diikuti Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu; Perdana Menteri Mauritius Pravind Kumar Jugnauth dan Anwar.

Perdana menteri dijangka berkongsi usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030, pelan hala tuju negara di bawah rangka kerja Malaysia MADANI serta beberapa isu global.

Ini adalah kemunculan pertama Anwar sebagai Perdana Menteri pada perhimpunan tahunan itu.

Baca artikel berkaitan: PM adakan mesyuarat dengan rakan sejawat dari Thailand dan Iraq

Tema perbahasan umum tahun ini ialah Membina Semula Kepercayaan dan Menghidupkan Semula Perpaduan Global: Mempercepatkan Tindakan Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke Arah Keamanan, Kemakmuran, Kemajuan dan Kemampanan Untuk Semua.

Selepas menyampaikan ucapan di UNGA, Perdana Menteri akan menyampaikan Khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY).

Pada sebelah malamnya, Anwar juga akan menjadi hos majlis makan malam untuk kira-kira 1,000 diaspora Malaysia.

Ucapan Perdana Menteri di UNGA itu akan disiarkan secara langsung oleh Bernama TV (Astro 502), www.bernama.com dan platform media sosial Bernama.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This