Jangan label Ahli Parlimen lain kafir, zionis dan yahudi, tegas Johari

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA wakil rakyat diminta supaya berhenti melabel mana-mana ahli Parlimen lain dengan menggunakan perkataan ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ seperti yang berlaku sewaktu perbahasan sepanjang minggu lalu di Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan, terdapat beberapa hujah dan kenyataan yang mendorong ke arah perkara sensitif sehingga mengguris hati, mengeruhkan suasana dan menyentuh sensitiviti keharmonian dalam Dewan Rakyat.

Menurut beliau, ada beberapa ahli Parlimen juga didapati mengeluarkan kenyataan bersifat label-melabel termasuk menggunakan ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’.

Johari turut membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(10)(c) mengenai penggunaan perkataan menimbulkan perasaan sakit hati atau bermusuhan antara kaum di Malaysia.

Pada masa sama, beliau juga mengingatkan semua wakil rakyat supaya menunjukkan tingkah laku terpuji semasa mengetengahkan isu rakyat dan negara.

“Saya menyeru semua menghentikan isu dan penyataan ‘kafir’, ‘zionis’, ‘yahudi’ dan lain-lain perkataan sama maksudnya antara ahli Yang Berhormat yang mengeruhkan suasana serta menyentuh sensitiviti keharmonian, apatah lagi ketika ini suasana sangat tidak kondusif.

“Ahli Parlimen perlu menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama dan tidak menggunakan Dewan Rakyat sebagai medan politik kumpulan atau individu.

Baca artikel berkaitan: Pendirian kerajaan mengenai isu 3R, penduduk tanpa dokumen tumpuan Dewan Rakyat hari ini

“Tugas Yang Dipertua (Dewan Rakyat) dan Timbalan-timbalan saya adalah mengawal selia serta memastikan kelancaran mesyuarat dengan peraturan seperti yang jelas termaktub dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat,” katanya di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Johari turut menegaskan tidak akan bertolak ansur dan bakal mengambil tindakan sewajarnya jika isu serta perkataan tersebut dibangkitkan lagi pada masa hadapan.

Beliau turut memberi peringatan supaya tidak membangkitkan isu peribadi yang dibangkitkan atau dilaporkan di luar Dewan Rakyat.

“Pada hari ini, saya mengajak ahli Yang Berhormat membuka lembaran baharu.

“Padamkanlah isu panas yang berlaku pada minggu lalu. Biarkanlah perbahasan ahli Yang Berhormat berlandaskan isu demi membela nasib rakyat di luar sana.

“Saya memberi peringatan kepada ahli Yang Berhormat bahawa isu peribadi yang dibangkitkan dan dilaporkan di luar Dewan (Rakyat), hendaklah jangan dibawa dan diungkit di dalam Dewan.

“Isu peribadi yang dibangkitkan atau dilaporkan di luar Dewan (Rakyat), hendaklah diselesaikan di luar Dewan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This