Tiada pergolakan namun akui ada ADUN PN di Perlis terus ‘hentak’ kerajaan

Dari Penulis

PAS Perlis mengakui ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) di negeri itu yang berterusan mengkritik dan ‘hentak’ pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Menteri Besar Perlis yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Shukri Ramli memaklumkan, tiada pergolakan dalaman parti itu yang berlaku di negeri berkenaan.

Pada masa sama, Mohd Shukri berkata, tidak wujud kumpulan ‘penebuk kapal’ di Perlis ketika ini.

Malah, kata beliau, tiada usaha atau gerakan ADUN PN yang cuba melompat keluar daripada gabungan itu kerana Perlis sudah pun meluluskan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis (Pindaan) 2022 bagi menghalang wakil rakyat ‘lompat’ parti.

“Memang tiada pergolakan dalaman berlaku dalam PAS Perlis cuma adalah seorang, dua yang teruja selepas menang (Pilihan Raya Umum ke-15) ini yang seronok ‘hentak’ kerajaan macam nak menjatuhkannya.

“Secara keseluruhannya tidaklah wujud ‘geng penebuk kapal’ ini kerana kami sebagai wakil rakyat PN masih duduk dan bekerja secara harmoni malah mesyuarat juga diadakan secara bersama sebagai pentadbir negeri ini,” katanya seperti dilapor BH Online, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Perlis sesuai laksana projek tenaga solar – Dr Mahathir

Sebelum ini, Naib Pengerusi 1 PN Perlis, Abu Bakar Hamzah mendakwa Pas Perlis sedang bergolak sehingga menyebabkan tidak ada keselarian dan kesaksamaan dalam kalangan PN negeri itu.

Namun, Abu Bakar yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Perlis tidak mahu mencampuri urusan dalaman Pas.

Dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-69 di Shah Alam pada Ahad lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli parti tidak menjadi ‘penebuk kapal’ yang mampu menjatuhkan kerajaan diperintah PAS.

Abdul Hadi bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik negeri yang dimaksudkan.

Menurutnya, walaupun terdapat kelemahan di negeri yang diperintah parti itu, semua ahli perlu bersama memperbaikinya bukan bertindak mendedahkan kepada lawan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This