Kementerian Pendidikan rancang lantik guru kontrak isi kekosongan – Pkharuddin

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) merancang untuk melantik guru kontrak bagi mengisi kekosongan jawatan itu ketika ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata perkara itu sememangnya menjadi antara perhatian KPM selain menawarkan perjawatan tetap bagi Gred DG41 kepada 9,552 guru yang dilantik baru-baru ini.

“Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan lantik secara kontrak, ini memang dalam radar kita. Kita sedang melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru dan kita juga sedang menambah baik kaedah untuk mendapatkan guru opsyen-opsyen tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Bicara Eksekutif Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sempena Konvensyen Program Tranformasi Daerah di Alor Setar  hari ini.

Beliau juga berkata KPM akan terus menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk memastikan kekurangan guru pada masa hadapan dapat diatasi.

“Saya berharap guru-guru yang dibekalkan nanti dapat dipimpin oleh Pengetua dan Guru Besar dengan sebaiknya supaya mereka dapat memberi perkhidmatan jauh lebih baik serta berkualiti,” katanya.

Pada Khamis lepas, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sejumlah 9,552 pelajar lulusan pendidikan ditawarkan jawatan Guru Gred DG41 bagi pengambilan tahun ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi 7.9 magnitud landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah

SATU gempa bumi kuat dilapor telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam...

More Articles Like This