Kes Zayn Rayyan: Siasatan selesai lebih 90 peratus, kata KPN

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SIASATAN bagi kes kanak-kanak autisme yang mati dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin di Damansara Damai, awal Disember lepas kini telah melebihi 90 peratus.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihak polis telah menjalankan siasatan menyeluruh bagi kes berkenaan termasuk dari sudut forensik, patologi, keterangan saksi dan siasatan di tempat kejadian.

Katanya, pihak polis kini sedang menumpukan kepada penelitian dan kajian semula terhadap maklumat-maklumat risikan yang dikumpul sepanjang siasatan dijalankan bagi merungkai suspek kes tersebut.

“Mungkin siasatan forensik bagi kes ini berkesudahan dengan keputusan yang negatif. Jadi selepas berbincang dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain, kita sekarang ke arah mengumpul maklumat dan risikan (yang diperoleh sepanjang siasatan).

“Kita juga berkemungkinan akan melakukan tangkapan ke atas suspek yang kita rasakan bertepatan dengan lebih 50 peratus kebarangkalian berdasarkan keterangan” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Baca artikel lain: Siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan tidak pernah dihentikan – Ayob Khan

Mengulas mengenai cabaran untuk menyelesaikan kes tersebut, Razarudin berkata pihak polis tidak mempunyai motif jenayah itu yang kebiasannya merupakan petunjuk utama bagi mana-mana kes jenayah lain.

“Jika kes pembunuhan wanita, kita akan tahu motifnya mungkin berkaitan cemburu dan kita akan ketahui hala tuju siasatan yang dijalankan, namun dalam kes ini kita tidak tahu motif atau punca dia (Zayn Rayyan) dibunuh.

“Daripada motif ini jugalah baru kita tahu apa punca dan hala tuju siasatan,” ulasnya lagi.

Razarudin menambah, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memanggil semula individu-individu yang telah memberikan keterangan termasuk ibu bapa, orang terdekat, saksi-saksi lain yang berada dalam lingkungan berkaitan kes itu bagi membantu siasatan, sekiranya perlu.

Katanya, pihak polis juga masih mengalu-alukan segala maklumat dan petunjuk baharu daripada orang ramai berhubung kes ini sejak Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu sehingga dia ditemui meninggal dunia pada malam 6 Disember lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This