YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menikmati santapan minum petang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pavilion, Kuala Lumpur, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi, Sultan Ibrahim berkenan memandu sendiri bersama Anwar dari Istana Negara ke Restoran Paul di Pavilion Kuala Lumpur.
Baca artikel lain: Agong, Raja-Raja sokong kerajaan tingkat usaha bersihkan negara daripada rasuah – PM Anwar
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Negara berhubung urusan kertas-kertas Kabinet.
Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka baginda bersama Anwar turut meluangkan masa menyaksikan persembahan tarian singa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

