RM430,000 diperuntukkan bagi Senamrobik Komuniti di 43 lokasi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK RM430,000 diperuntukkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menjayakan program Senamrobik Komuniti di 43 lokasi sekitar ibu negara sepanjang tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan, program secara percuma itu disasarkan kepada semua lapisan umur terutama warga emas dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.

Beliau berkata, Senamrobik Komuniti akan diadakan secara mingguan di projek perumahan rakyat (PPR) yang disifatkannya tidak mempunyai akses kepada fasiliti sukan lengkap.

Menurut Hannah, intervensi seperti dilakukan KBS itu penting bagi memastikan penduduk di negara ini terdedah kepada aktiviti gaya hidup sihat.

“Kita mahu jadikan program seperti ini sebagai gaya hidup. Sebab itu kita adakan sepanjang tahun kerana kita sedar jika diadakan sekali sahaja ia tidak akan berjaya.

“Peruntukan yang disediakan itu adalah untuk pembayaran pelatih di setiap lokasi dan mungkin penambahan dari segi sistem audio di kawasan terbabit.

“KBS melihat akses kepada sukan cukup penting bukan sahaja kepada kaum ibu yang mungkin perlu menjaga anak tetapi juga untuk warga emas. Atas sebab itu kita adakan program di PPR ini untuk memudahkan mereka sertai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Program Senamborbik Komuniti peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras, hari ini.

Sebahagian daripada orang ramai menyertai senamrobik pada Pelancaran Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Senamrobik Komuniti platform membudayakan sukan, amalan gaya hidup aktif

Mengulas lanjut, Hannah memaklumkan, program Senamrobik Komuniti yang dianjurkan selama setengah jam setiap minggu itu juga mendapat permintaan hangat daripada penduduk setempat.

Malah, kata beliau, sudah terdapat permintaan untuk menambah jumlah hari disebabkan peserta berasa gembira dapat menjalankan aktiviti riadah bersama jiran tetangga.

“Saya juga telah menawarkan sebanyak RM20,000 daripada peruntukan menteri untuk persatuan penduduk yang berjaya mengaktifkan penduduk mereka menyertai Senamrobik Komuniti ini.

“Saya juga cadangkan kepada semua ahli Parlimen di Kuala Lumpur meninjau keadaan supaya mereka boleh cadangkan penambahbaikan menerusi program ini,” jelasnya.

Ditanya sama ada program itu akan diperluas ke negeri lain, Hannah berkata, pihaknya akan memantau dan mendapatkan maklum balas daripada semua pihak terlebih dahulu.

“Kita mahu lihat impak daripada pelaksanaan projek pilot di Kuala Lumpur ini terlebih dahulu.

“Selepas itu kita akan lihat semula dan memperbaiki sekiranya terdapat kelemahan sebelum melabur lebih banyak untuk kawasan atau negeri lain,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This